Pages

Ads 468x60px

Soalan Lazim

Dikemaskini pada 05/03/2018

PENGENALAN & INTRO
Q: Bolehkah bisnes topup ini dipercayai?
A: Sehingga ke hari ini (05/03/2018), seramai lebih daripada 85,200 orang telah berdaftar sebagai agen dan dealer topup dengan syarikat SIXTY EIGHT TOPUP DOT COM (No. Pendaftaran SSM: PC0009690-U) yang berdaftar di Pulau Pinang. Syarikat ini juga telah berdaftar dengan pihak KASTAM (GST ID: 000074506240).

Manakala syarikat U FUTURE ENTERPRISE (No. Pendaftaran SSM: AS0239272-U) juga telah lebih dari 5 tahun dalam industri ini iaitu sejak tahun 2012 lagi. Seramai lebih dari 23,100 orang telah menyertai syarikat ini. Syarikat ini juga telah berdaftar dengan pihak KASTAM (GST ID: 001086853120, 001816387584 & 001964089344).

Syarikat EASY FAZ SERVICES (No. Pendaftaran SSM: 002769204-D) merupakan server baru dan mula beroperasi pada Feb 2018. Ianya milik admin FazTopup dalam usaha mengembang perniagaan topup dan bersaing dengan syarikat lain. Sehingga setakat ini, seramai 99 orang telah menyertai syarikat ini dalam tempoh 8 hari pelancaran.

Kami yakin dan percaya, mereka tidak tertipu dan disebabkan itulah, jumlah keahlian semakin bertambah. Kami tidak mengaut keuntungan semata-mata, tetapi membantu anda untuk menjimatkan pembelian topup berbanding membeli di kedai. Selain berjimat, boleh juga berniaga secara sambilan. Manfaatkan telefon bimbit anda!


Q: Siapakah FazTopup?
A: FazTopup a.k.a Fazdlie merupakan MASTER kepada syarikat SIXTY EIGHT TOPUP DOT COM dan U FUTURE ENTERPRISE dan FOUNDER kepada syarikat EASY FAZ SERVICES. Tugas admin FazTopup adalah melantik agen, dealer dan master seluruh Malaysia dengan kadar yuran pendaftaran yang rendah dan mampu oleh setiap orang serta keuntungan yang tinggi!


Q: Adakah saya perlu membeli nombor baru (simcard) untuk mendaftar?
A: Tidak perlu! Anda boleh menggunakan nombor telefon sedia ada untuk mendaftar.


Q: Bagaimana komisyen atau keuntungan topup prepaid dibayar?
A: Keuntungan topup akan dibayar terus oleh pelanggan anda secara 'real time'. Contoh keuntungan Celcom 5.2%, maka setiap RM10, server hanya tolak RM9.48 sahaja dari modal anda dan anda akan menerima RM10 tunai daripada pelanggan. Maka keuntungan anda secara tunai adalah RM0.52.


Q: Adakah server beroperasi 24 jam?
A: Ya! Server beroperasi 24 jam tanpa henti kecuali diberitahu seperti proses baik pulih, 'maintanence' atau 'upgrading'.

PAKEJ YANG DITAWARKAN
Q: Apakah pakej yang ditawarkan oleh FazTopup?
A: Kami menawarkan tiga (3) pakej iaitu Pakej Master EZ, Pakej Dealer FE dan Pakej Dealer 68 dengan yuran pendaftaran yang sangat berpatutan. Setiap pakej yang ditawarkan, kami memberikan modal percuma.

Q: Apakah perbezaan antara pakej Master EZ, Dealer FE dan Dealer 68?
A: Perbezaan utama adalah syarikat yang berbeza antara ketiga-tiga pakej. Keuntungan (profit) dan kelebihan setiap pakej, sila rujuk Pakej Pendaftaran disini


Q: Adakah yuran pendaftaran perlu diperbaharui?
A: Tidak! Yuran pendaftaran hanya dibayar sekali sahaja sewaktu pendaftaran. Tiada yuran tahunan dikenakan.

PENDAFTARAN DEALER DAN DEALER VIP
Q: Bagaimana cara untuk daftar sebagai Master EZ, Dealer FE dan Dealer 68 topup?
A: Untuk mendaftar, mudah sahaja. Ikut langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Pilih pakej yang ditawarkan sama ada pakej agen ataupun pakej dealer. Sila lihat pakej disini.
Langkah 2: Buat bayaran pendaftaran ke admin web FazTopup. Sila rujuk akaun bank disini. 
Langkah 3: SMSkan format pendaftaran ke pihak admin web FazTopup. Rujuk formatnya disini. 

PANDUAN PENTING MASTER EZ, DEALER DAN DEALER VIP
Q: Bagaimana cara untuk tambah modal?
A: Tambah modal boleh dilakukan pada setiap hari 24 jam tetapi waktu proses berbeza mengikut syarikat:

EASY FAZ SERVICES 9.30am hingga 9.30pm.
U FUTURE ENTERPRISE 9.30am hingga 9.30pm.
SIXTY EIGHT TOPUP DOT COM 10.00am hingga 8.30am.

Berikut adalah cara tambah modal:
Master EZ : Cara tambah modal Master EZ
Dealer FE : Cara tambah modal Dealer FE
Dealer 68 : Cara tambah modal Dealer 68

Q: Berapakah jumlah minima untuk tambah modal?
A: Minima untuk tambah modal ialah RM101. Anda digalakkan untuk tambah modal dengan amaun yang unik/istimewa seperti RM101, RM167 atau RM110, RM170 dan sebagainya.

Q: Bagaimana cara untuk menjual topup kepada pelanggan?
A: Anda boleh menjual topup melalui 3 cara iaitu secara Web Jualan, SRS Mobile dan SMS. Cara-caranya:
Master EZ : Rujuk disini.
Dealer FE : Rujuk disini.
Dealer 68 : Rujuk disini.


Q: Baagaimana cara untuk bayar bil?
A: Untuk membayar bil-bil utiliti, pastikan anda semak beberapa perkara penting iaitu:
1. Pastikan sebelum membayar bil, hendaklah TIDAK melepasi tarikh "due date".
2. Bayar bil selewat-lewatnya 7 hari bekerja sebelum tarikh due date.
3. Bil akan diproses oleh server dalam masa 48jam dan mengambil masa 3 hari untuk syarikat utiliti "update" ke dalam sistem mereka.
4. JANGAN sesekali bayar bil yang telah dipotong (terminate) oleh syarikat utiliti seperti ASTRO kerana ianya akan mengambil masa yang lama untuk disambung semula oleh syarikat utiliti. 
Q: Bolehkah server melakukan jualan topup untuk nombor yang sama lebih dari sekali atau 2 kali pada hari yang sama?
A: Ya, boleh. Anda hanya perlu tunggu 30 minit selepas jualan topup kali pertama ke nombor yang sama ATAU anda boleh topup serta merta tanpa menunggu 30 minit dengan cara topup amaun yang berbeza
Contoh: Topup kali pertama RM10, Topup kali kedua RM5.

Q: Bolehkah saya mendaftarkan dealer dan agen di bawah saya?
A: Ya! 
Jika anda memilih pakej Master EZ, anda boleh mendaftarkan dealer dan agen.
Jika anda memilih pakej Dealer FE dan Dealer 68, anda boleh mendaftarakan agen sahaja.

Q: Bagaimana cara untuk saya mendaftarkan dealer dan agen dibawah rangkaian saya?
A: Pihak kami FazTopup telah menyediakan panduan khusus untuk semua dealer yang berdaftar dengan FazTopup. Panduan tersebut boleh didapati di laman ini. 

Q: Adakah terdapat caj yang dikenakan setiap kali pendaftaran agen dilakukan?
A: Ya! 
Syarikat SIXTY EIGHT TOPUP DOT COM akan mengenakan caj sebanyak RM10 yang akan ditolak dari modal anda setiap kali pendaftaran agen dilakukan.
Manakal syarikat U FUTURE ENTERPRISE akan mengenakan caj sebanyak RM5 yang ditolak dari modal anda.
EASY FAZ SERVICES mengenakan caj RM5 untuk pendaftaran agen dan RM10 untuk pendaftaran dealer.

Q: Berapakah yuran yang perlu saya 'caj'kan kepada bakal prospek dealer dan agen saya?
A: Ianya terpulang kepada anda. Anda boleh tentukannya sendiri. Saya nasihatkan, yuran pendaftaran yang hendak dikenakan mestilah berpatutan dan bersesuaian dengan keuntungan yang anda tawarkan.

Q: Adakah saya akan menerima komisyen setiap kali dealer dan agen saya menjual topup?
A: YA, anda akan menerima komisyen tersebut yang akan dibayar pada setiap minggu iaitu pada hari Ahad atau Isnin.

Q: Bagaimana komisyen yang saya terima daripada dealer dan agen setiap kali agen menjual topup dikira?
A: Ianya bergantung kepada jumlah perbezaan keuntungan yang anda tentukan kepada agen. Ianya agak teknikal dan anda perlu rujuk panduan yang telah disediakan. 

ISU DAN MASALAH
Q: Saya dah tambah modal dan telah menghantar SMS ke server, tetapi menerima SMS 'Failed', mengapa?
A: Ini berlaku kerana kesilapan format sewaktu menghantar SMS ke server. Antara kesilapan tersebut ialah:
Format sebenar  ialah seperti berikut: BI*BANK*AMAUN*HHBB*JJMM 
1) Format tarikh salah. Pastikan hanya masukkan dalam bentuk format HHBB sahaja (hari dan bulan). Contohnya jika 21 Januari 2015, taip 2101.
2) Format masa salah.  Masa hendaklah ditaip dalam format 24 jam iaitu JJMM (jam dan minit). Contohnya jika anda bank in pada pukul 3.16 petang, format yang perlu ditaip ialah 1516. 
3) Kod bank salah. Pastikan kod bank yang anda taip adalah betul.

Q: Saya dah tambah modal tetapi terkurang RM100 kerana mesin CDM 'reject' duit, adakah modal saya akan hilang (burn)?
A: Untuk menjawab soalan ini, pihak syarikat SIXTY EIGHT TOPUP DOT COM, U FUTURE ENTERPRISE dan EASY FAZ SERVICES dengan tegas telah menyatakan bahawa ianya tidak akan diproses. Bagi mengelakkan kejadian seperti ini, sila tambah modal lebih dari RM100 (bukan genap-genal RM100.)

Q: Saya dah tambah modal dan telah menghantar SMS ke server, tetapi masih tidak diterima setelah lebih 2 jam, bagaimana?
A: Jika selepas 1 jam, modal anda tidak masuk ke akaun topup, sila hantar submit/claim sekali lagi. Jika modal masih tidak masuk juga, anda perlu lakukan tiga (3) perkara berikut:

1. Semak baki modal anda. Ada kemungkinan modal telah pun masuk tetapi anda tidak menerima SMS. Semak melalui Web Jualan, SMS dan SRS Mobile.
2. Lihat status di Web Jualan. Jika tiada status, langkah seterusnya... 
3. Hubungi Customer Careline mengikut pakej anda.

Q: Adakah modal tambahan saya akan hilang?
A: TIDAK! Tambahan modal yang anda lakukan adalah modal pusingan. Anda akan dapat semula 'cash' atau tunai daripada pelanggan apabila anda menjual topup.


Q: Berapa lamakah tempoh menunggu bagi sesuatu transaksi jualan topup selepas SMS dihantar?
A: Kebiasaannya server akan proses dalam masa 60 saat. Jika lebih dari 10 minit, server akan menghantar SMS sama ada transaksi berjaya atau gagal.


Q: Bolehkah saya tambah modal melalui Interbank Giro (IBG) atau Instant Transfer (IBFT) iaitu daripada bank lain ke bank akaun syarikat?

A: Untuk menjawab soalan ini:
1. Interbank Giro (IBG) : TIDAK DIBENARKAN sama sekali. Ini kerana bank TIDAK memproses pindahan wang IBG secara serta merta. Ia diproses lewat masuk ke akaun syarikat, maka waktu (masa) untuk anda tuntut modal anda tidak 'matching' dengan duit yang masuk ke akaun syarikat. Kebiasaannya caj IBG adalah RM0.11.
2. Instant Transfer (IBFT) : DIBENARKAN kerana bank akan memproses pindahan wang IBFT serta merta ke akaun syarikat. Caj IBFT adalah RM0.53.

Q: Saya dah topup no.hp pelanggan tetapi status transaksi Failed atau Refunded, mengapa?
A: ini terjadi disebabkan beberapa perkara iaitu:
No.Hp pelanggan salah atau tidak cukup. Contohnya,no.hp pelangga ialah 0123456789 tetapi ditaip terbalik seperti 0123456987 atau tertinggal satu nombor seperti 012346789.
Salah kod telco. Contohnya pelanggan tersebut meminta topup Celcom, oleh itu kodnya 0132546987.C10, tetapi ditaip kod lain misalnya Maxis 0132456789.M10.
Salah amaun nilai. Tidak semua telco boleh topup pada nilai yang dikehendaki seperti RM56, RM42 dan lain-lain. Kebiasaannya nilai topup yang dibenarkan atau dibolehkan ialah RM5-RM10, RM20, RM30, RM50, RM60 dan RM100. Ianya bergantung kepada telco.
Baki tidak mencukupi. Server tidak dapat memproses topup apabila baki tidak mencukupi (insufficient balance).
No.Hp yang sama ditopup dua kali dalam masa 30 minit. Server gagal untuk memproses no.hp yang sama dalam masa 30 minit. Anda perlu tunggu lebih dari 30 minit untuk topup no.hp yang sama untuk kali kedua.
No.Hp tidak wujud atau telah tamat tempoh. Nohp pelanggan telah pun tamat tempoh dan tidak dapat dihubungi kerana pelanggan tidak membuat tambah nilai dalam masa 60 hari selepas tamat tempoh kredit.

Q: Saya dah topup no.hp pelanggan dan status transaksi SUCCESS tetapi pelanggan masih tidak menerima topup, bagaimana?
A: Terdapat beberapa langkah yang perlu anda lakukan iaitu:
Langkah 1 : Semak status transaksi melalui web portal diruangan 'Report Sales' dan 'Search'. Pastikan DN tertera nombor. Jika tidak tertera nombor, berkemungkinan besar topup tidak masuk. 
Langkah  2 :  Jika status 'PENDING', anda perlu tunggu sehingga status transaksi menjadi 'REFUNDED' atau 'SUCCESS'. [Dalam kes ini anda perlu tunggu seberapa lama yang mungkin atau hubungi Careline untuk batalkan transaksi tersebut].
Langkah 3 : Sekiranya status 'REFUNDED', ini bermaksud ada kesilapan dalam format SMS (salah no.hp, kod telco dan amaun) atau server reject. Sila SMS sekali lagi ke server dengan format yang betul.
Langkah 4 : Sekiranya status 'SUCCESS', tetapi pelanggan masih tidak terima topup lebih dari 30 minit, sila segera buat aduan secara SMS kepada pihak Careline/HelpDesk. Sertakan butir-butir Agen ID anda, No.Hp pelanggan, Amaun dan masa. Careline akan reply dalam masa 24 jam dan modal anda akan dipulangkan semula.

Q: Jika saya tersalah memasukkan nombor handphone orang lain ketika topup, dapatkah ditarik balik?
A: Tidak! Jika status jualan topup 'SUCCESS', ia tidak dapat ditarik balik. Syarikat tidak akan bertanggungjawab diatas kecuaian yang anda lakukan. Pastikan sebelum anda menghantar SMS topup, nombor handphone pelanggan hendaklah diteliti sebaik-baiknya.


Q: Apa tindakan yang perlu dilakukan sekiranya Server Down?

A: Ada beberapa langkah yang boleh anda ikuti iaitu:
1. Sekiranya anda menggunakan SMS untuk jual topup, pastikan anda JANGAN hantar SMS sekali lagi. Dikhuatiri akan 'Double Topup'.
2. Sebaik-baiknya elakkan menjual topup menggunakan SMS. Adalah lebih baik menggunakan Web dan SRS Mobile supaya tidak berlaku 'Double Topup' dan masalah-masalah lain.
3. Semak transaksi topup yang telah anda lakukan di dalam website sistem setelah server pulih seperti biasa. Pastikan transaksi yang anda lakukan ada atau jika tiada sila tunggu dalam masa 30 minit sebelum membuat transaksi topup sekali lagi,
4. Maklumkan kepada pelanggan anda bahawa sistem topup offline dan mohon tunggu sebentar.
5. Hubungi Careline sekiranya anda mahu Refunded atau Batalkan transaksi tersebut. 
6. Pesanan : Waktu terbaik jual topup adalah waktu ketika Careline beroperasi kerana jika ada masalah, anda boleh hubungi careline terus. Waktu operasi careline adalah antara 9.30am hingga 9.30pm. 

Q: Apa Yang Menyebabkan Server Down?

A: Kebiasaanya server down berpunca daripada kegagalan sambungan talian internet utama ke pusat rangkaian kerangka server. Maka disebabkan itu, server tidak boleh beroperasi secara atas talian kerana ketiadaan talian internet yang tidak berfungsi.



CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)
Q: Adakah topup dikenakan GST?
A: Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak SKMM pada 23 Disember 2015, tiada lagi GST dikenakan sebaliknya GST 6% dipotong daripada kredit pelanggan dan diberikan rebet dalam masa 24 jam.



Q: Saya masih tidak faham, bagaimana bisnes topup secara SMS ini berfungsi. Boleh tolong jelaskan dengan lebih detail?
A: InsyaAllah saya akan cuba terangkan secara detail. Sila hubungi saya sama ada melalui telefon, sms, whatsapp atau emel. Sila klik disini.
 

Customer Careline EasyBuyTopup

Mempunyai masalah modal tidak masuk atau topup tidak terima? Hubungi:

atau Sila klik disini untuk pertanyaan.

Customer Careline Server FE

Mempunyai masalah modal tidak masuk atau topup tidak terima? Hubungi:

atau Sila klik disini untuk pertanyaan.

Customer Careline Server 68

Mempunyai masalah modal tidak masuk atau topup tidak terima? Hubungi:

atau Sila klik disini untuk pertanyaan.